05 June 2012

3 Hari yang terAMAT sadis tanpa internet !

Assalamualaikum.
Ya, sangat teramat paling sadis sekali tanpa sambungan internet. terasa macam terputus hubungan dengan dunia luar. tidak tahu apa apa. gelap gelita. tidak ada sebarang hubungan. Eh! facebook yang sedia gila lebih GILA bila tiada 'log masuk' buat beberapa ketika. twitter dalam satu hari lebih kurang 10 tweet sahaja, itu pun kena subscribe 'tweet mobile'. habis kredit den! :'(

Al-kisah-nya begini,,

Jumaat. 1 Jun 2012.
Family aku yang tersayang lagi dikasihani datang, jemput aku. untuk di bawa pulang ke rumah (nampak tak kasih-sayang di situ.?). Haa, hati ku begitu gumbira sekali ! Dah pasang niat siap-siap, nak me-maksimum-kan penggunaan streamyx. Download movie, lagu. Blogwalking. Youtube. Facebook. Twitter. Dah buat list apa nak buat. Maklumlahh, streamyx tak ada batasan bukan macam 'USMSecure' yang terSANGAT secure ni (nama je secure -.-").! Hampehh.

Sampai rumah tanpa segan silu, terus buka laptop. hati bukan main tak sabar lagi ! tetiba,, 

"Unable to find proxy server !"

Setelah di-cuba untuk sekian kalinya tetapi masih menunjukkan keputusan yang sama, aku binggung. Maigaddd!! kenapa ni.? kenapa? kenapa? Lantas, aku segera mendapatkan Ibu ku.

"Streamyx tak bayar lagi. tak sempat " =.=" Tskk tskk.

Emm. em. di saat itu juga aku rasa macam "Ohh, sia-sia aku balik rumah!!". Ehh. eh. Cop! Tidak ada erti 'sia-sia' dalam kamus hidupku bila pulang ke rumah. meskipun internet tak ada, aku tetap rasakan rumah aku sangat Heavennn jika nak di bandingkan dengan USM-KK. -.-'

Ironinya, hari-hari berikutnya aku jadikan sebagai 'Hari menternak Lemak Sedunia'. Kekdahnya, aku pergi bedal semua nasi gulai daging lembu tambah ikan masin dengan sambal belacan (perhhhh. terasa lagi sampai sekarang) kat rumah sesiapa yang buat kenduri kawin. Tuan rumah tu telah buat kesilapan yang besar kerana jemput aku! Mahu tak, separuh kawah gulai aku telan. (nampak tak menipu nya.?) HAHA.

Namun, hari yang malang tak semestinya malang buat selama-II-nya. Akhirnya aku dapat online jua :




Haa, tengok ! tengok ! Aku online guna Blackberry@ tuu.. *krikk krikk* Oh, okey. Maybe it's sound 'ketinggalan zaman', tapi kesah pulak aku.? Aku teramat bersyukur dan berterima kasih pada Abang aku yang telah ber-penat lelah bekerja siang malam untuk meng-hadiah-kan seketul handphone kepadaku *ambil hati*. terharu. tak sangka. ni rasa nak buat drama ni :')

*Lari turun tangga, duduk belakang tangga. buat buat keluar air mata. iskk iskk*

THANK Abang ! Lu memang terbaikk la brother :') Dapat jugak aku online pada hari terakhir aku di rumah (Isnin) dengan hati yang berbunga-bunga gembira. Haruslahh, dapat hadiah kan. Walaupun tak dapat nak download movie dan segala bagai tu, tapi aku dah orgasm bila dapat online (nampak sangat ketagih laman so-sial.) -.-' lepas semua kerinduan dan kegersangan. Err! apakah.? (==)"

#Sekarang dah kembali ke USMKK untuk buat persiapan hadapi peperangan (Final Exam) pada minggu depan. Wish me Gud Luck ! :)

♥ You Are What You Eat ♥

01 June 2012

Ku ingin terbang di awan biru!

Assalamualaikum.
Sejak kecil, aku mempunyai minat yang dalam sedalam Lautan Atlantik dalam kerja kerja yang melibatkan aku berhadapan dengan orang lain dan kerja yang menggunakan suara. biarpun kadang-kadang terasa 'akward' bila berbicara dengan orang yang tidak dikenali, tapi aku rasakan itu satu kepuasan. mesra dengan orang dan sekaligus boleh menambah kenalan. tidakkah aku boleh jadi wakil rakyat.? harhar!

tidak dinafikan aku mempunyai bakat apabila bercakap dan mampu untuk menarik perhatian orang lain. di tambah lagi dengan penampilan aku yang menarik seperti aaron aziz. (Eh. eh. angkat bakul sendiri ke hape ni.?). ini membuatkan aku rasa yakin berinteraksi dengan orang. Ok,sila muntah!

Buktinya,,

*gambar hiasan*

Lepas habis peperiksaan antara hidup dan mati (SPM), aku berkerja sebagai seorang juruwang atau dalam bahasa inggeris di panggil "Cashier" di The Store buat sementara waktu sebelum aku ke matrikulasi. Eh, bukan setakat itu sahaja. lepas matrikulasi, aku bangkit sekali lagi bekerja sebagai cashier tapi kali ini di Giant. tidak kah ini di panggil minat.? atau hobi.? mungkin. (==)"

Tapi,,

Impian aku sebenarnya adalah untuk menjadi seorang yang boleh terbang ke awan yang bewarna biru pada setiap masa (awan hitam tak nak, takut hujan -.-'). seorang yang akan sentiasa senyum walau stressss ketika itu. aku teringin nak jadi seperti ini :

.
.
.

Eh. eh. bukan yg ni ! yg ni seksi sangat (aww ;P)

.
.
haa, ni baru betul. sopan. tutup aurat dengan sempurna :)

ya, seorang pramugara! tidakkah mereka ini sentiasa tersenyum dan segak sepanjang masa.? dan bukankah mereka menggunakan suara mereka untuk melayan pelanggan.? sudah tentu! sesuai dengan minat aku. melayan tetamu (pelanggan) dengan baik dan memberi arahan (pengunguman) setiap kali penerbangan akan berlepas.

tetapi malangnya, ketinggianku tidak mencukupi !! agak stresss di situ. untuk menjadi seorang pramugara, ketinggian minima untuk seorang lelaki adalah 170 cm. saya ulang, 170, 170, 170 cm.! namun ketinggian aku, sekadar lepas untuk memicit butang air-cond dalam bilik bahasa 5 (aku yang selalu jadi mangsa teacher) iaitu 163 cm SAHAJA.! :'(

Impianku mungkin akan tinggal angan angan sahaja jika aku tidak mengambil calcium satu baldi sehari (mampu.?). Sudah pasti tidak! Aku hanya redha dengan ketentuan Illahi. DIA yang menciptakan aku sebegini. aku tidak sesekali kecewa. setiap yang berlaku ada hikmanya. Mungkin selepas ini aku boleh menjadi DJ Radio (profession yg menggunakan suara). Ops !! 'tak sedar ke kau tu bakal seorang dietitian duhai Amirulfarhan !' :')

dan, dan ini sangat membuatkan aku berlari sepantas mungkin di bawah hujan dan rebah di padang sambil menitiskan air mata (ala-ala cite hindustan) bila menontonnya :


Air Asia kini mencari sesiapa yang berminat untuk menjadi Flight Attendance (ambilan Jun 2012). Kepada sesiapa yang berminat boleh ke sini ------->> Maklumat Lanjut

*Iklan Tamat*

#Idea post ini datang di saat terbaca post Air Asia kat Facebook. sentap seketika.! Haha. Kepada yang berminat menceburi profession pramugara/pramugari, jangan lepaskan peluang keemasan ini. :)

♥ You Are What You Eat ♥

31 May 2012

Segmen : Up Followers Blog dan Twitter

Assalamualaikum.
Kawan merupakan aset yang penting dalam kehidupan kita. tanpa kawan, mungkin kita akan jalan pergi kuliah sorang sorang, makan dengan TV atau laptop, and ada handphone sama macam perhiasan. tak ada msg atau call masuk. mungkin. atau paling tidak, kita kan rasa kesunyian. (==)"

Lantas sejajar dengan perkembangan teknologi yang kian berkembang sekembang bunga rafflesia, aku mengambil peluang ini untuk menambahkan lagi kawan aku supaya aku tidak berasa kesunyian. :O bukan bermakna aku tiada kawan sebelum ni. ramai, tapi nak ramai lagi.! *hentak hentak kaki*

Segmen by Eyfa Alias
Justeru itu, aku dengan ber-besar dada hati nya nak join segmen yang cukup menarik lagi 'cantik menarik tertarik kau memang de BOM' Eh! -.-' bagi memastikan aku menjadi artis (artis kan ramai kenalan) dan berkawan dengan semua orang. haruslahh :O

Dear Eyfa Alias, ni maklumat yang awak nak (awww) :
Blog : aarmirul.blogspot.com (302 followers)
Twitter : @aarmirul (130 followers) 
#Mangsa tag : Cik Lynn & Fatihah Amsyar

Nak join.? nak.? nak.?

Jom! Sila sila ke blog --------->> Eyfa Alias. (Tertakluk kepada terma dan syarat)

♥ You Are What You Eat ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...